Konsep Hospital Mesra Ibadah: Tadbir Urus Berasaskan Maqasid Al-Syariah Dan Peranan Zakat |
Author : Ishak Masud, Mohd Zulkifli Awang, Nurul Aisyah Amir Ramli & Surina Binti Mohamad Shafi |
Abstract | Full Text |
Abstract :Kertas kerja ini akan membincangkan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) yang telah dilaksanakan dalam perkhidmatan kesihatan Malaysia secara rasmi sejak 2014. Konsep HMI ini diperkenalkan untuk memberi satu dimensi baharu kepada sektor perkhidmatan kesihatan dalam menjadikan sistem yang terdapat di dalam perkhidmatan kesihatan patuh kepada syariah Islam. Namun begitu, Hospital Pakar al-Islam yang telah memperkenalkan konsep HMI sejak 2006 mempunyai sedikit kelainan yang mana Maqasid al-Syariah dijadikan sebagai panduan utama dalam tadbir urus hospital. Maqasid al-Syariah dilihat dapat merealisasikan urus tadbir yang cekap dan berjaya di pelbagai peringkat jabatan dan unit yang terdapat di hospital. Justeru, kajian ini akan merungkai beberapa elemen penting dalam konsep HMI yang berpandukan kepada Maqasid al-Syariah dalam urus tadbir di hospital. Salah satu komponen penting dalam HMI berdasarkan Maqasid al-Syariah ialah sumbangan zakat. Peranan institusi zakat amat penting dalam memperkasakan lagi konsep HMI dalam pengurusan hospital. Metodologi penyelidikan dilakukan menggunakan kaedah kualitatif di mana rujukan didokumentasi menggunakan data maklumat dari buku, kertas penyelidikan dan dokumen lain yang berkaitan. Hasil kajian mendapati peranan zakat mampu memperkasakan konsep HMI manakala tadbir urus melalui penerapan Maqasid al-Syariah terbukti berjaya dalam pelaksanaan konsep HMI. |
|
Penentuan Skim Agihan Zakat Pendidikan: Kajian Di Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) |
Author : Mohamad Muhaimin Mohamad Zaki, Jasni Sulong & Hafizah Zainal |
Abstract | Full Text |
Abstract :Isu yang mendapat perhatian masyarakat terhadap institusi zakat adalah mengenai aspek agihan. Hal ini kerana masyarakat sering mempersoalkan mengenai peruntukan yang besar daripada wang zakat yang disalurkan terutamanya dalam agihan zakat pendidikan, namun masih terdapat asnaf yang tercicir daripada menerima bantuan. Tambahan pula, kos pendidikan yang semakin meningkat menyebabkan terdapat pelajar yang tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi selepas alam persekolahan. Lembaga Zakat Negeri Kedah dipilih kerana mempunyai Sekolah Zakat Kedah (SDK) dan beberapa transformasi produk agihan zakat pendidikan yang memberi manfaat kepada asnaf. Timbul persoalan sejauh mana produk agihan zakat pendidikan memberikan manfaat kepada asnaf? Bagaimana ia dikenalpasti dan apakah proses yang perlu dilalui sebelum sesuatu produk agihan ini disebarluas kepada asnaf yang layak? Apakah kriteria dan faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan dalam pengurusan agihan zakat pendidikan? Justeru, kertas kerja ini bertujuan membincangkan secara terperinci mengenai persoalan di atas. Kajian ini menggunakan metodologi penyelidikan secara kualitatif iaitu dengan mengumpulkan data melalui kajian kepustakaan dan kajian lapangan yang menggunakan kaedah temubual tidak berstruktur. Hasilnya, kajian ini mendapati terdapat beberapa proses yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir zakat bermula daripada fasa cadangan hinggalah kepada fasa penjenamaan produk agihan zakat pendidikan. Selain itu, bagi meningkatkan keberkesanan proses agihan, pihak LZNK juga berkolaborasi dengan beberapa buah IPTA dan institusi lain bagi mendapatkan maklum balas dan buah fikiran terhadap mekanisme sedia ada dan juga perancangan strategik agihan zakat pendidikan pada masa akan datang. |
|
Islamic Law And Indonesianness: Critical Study Of Graduations Dissertations Of Doctorate Program Of Islamic Law Islamic University Of Indonesia Yogyakarta |
Author : Yusdani, Januariansyah Arfaizar & Muh Rizki |
Abstract | Full Text |
Abstract :The article below tries to investigate the result of dissertations that have been written by the students of doctorate program of Islamic law, the Faculty of Islamic Studies, Islamic University of Indonesia Yogyakarta from 2012-2019. This studys objective was to map the result of the study of Islamic Law and Indonesian-ness of students dissertations from 2012-2019 about 19 dissertations from the academic core point of view regarding Islamic law and Indonesianness. This researchs main problem was how do (did) the students mentioned above finish their dissertation of Islamic Law, and what the characteristic of approach and methodology did they apply in the dissertation. This researchs approach and methodology have been integrated social sciences (sociology) and humanity sciences (history and anthropology), and the analysis that applied was qualitative analysis with interactive model. The result of this study has been revealed that the number of dissertations that have been produced during 2012-2019 regarding dissertations with the theme of Islamic legal and Indonesian studies. The dissertations that be sources are dissertations of Doctorate Program the Faculty of Islamic Studies Islamic University of Indonesia. The contributions of these dissertations to enrich of a database on Islamic law and Indonesian-ness. From the dissertations, there are several variants of themes, scientific fields, approaches, and analysis of Islamic law and Indonesianness studies. In the study of the dissertations quality, this research found that it still needed to be developed further to answer the issues that were very important in the study of Islamic law and Indonesian. There needs to be encouragement from various parties to conduct dissertation studies or research that more focused on the study of Islamic and Indonesian law to make a real contribution to the development of Islamic law and Indonesian. |
|
Study On The Pesantren Education In The Perspective Of Kiai Sahal Mahfudh And Its Relevance With The Development Of Contemporary Pesantren |
Author : Siti Umayah & Junanah |
Abstract | Full Text |
Abstract :Pesantren, Islamic boarding school, as Islamic educational institutions by setting the main objectives of Islamic education is simply to generate the Santri (students) to explore religious knowledge (tafaqquh fid-din). However, since the 1970s Pesantren began to open up indicating that Islamic boarding schools with their dynamics required recognition by the community about their existence. Kiai Sahal Mahfudh, a Pesantren intellectual figure with a traditional background helped encourage the Pesantren to be able to respond to modernization and the demands of society in the right way. Kiai Sahal Mahfudh presents himself as a figure with transformative, innovative and visionary vision in transforming Pesantren education. He argued that Pesantren education cannot be separated from its two potentials: religiosity and social potential. This study aimed to determine the perspective of Pesantren education based on the perspective of Kiai Sahal Mahfudh and its relevance to the development of contemporary Pesantren. This study is a library research using the primary data in the form of Nuansa Fiqh Sosial, papers, or any works of Kiai Sahal Mahfudh. Meanwhile, the secondary data were in the form of books related to the Pesantren or the thoughts of Kiai Sahal Mahfudh. The analysis technique used content analysis in which the phases of analysis started by determining the problems, formulating the frame of thoughts and preparing the methodology devices, data analysis and data interpretation.The results of this research showed that the teaching of the kitab kuning needs the abilty to understand contextually for solving contemporary social problems. The formulation of the objectives of pesantren education in preparing righteous and akram people in line with the functions of humans personally as khalifah of Allah who also carry out social functions to prosper and manage the earth.The dawah islamiyyah or propagative potential in pesantren is not only articulated in word but also in deeds or dawah bil hal. For kiai Sahal Mahfudh, dawah can also in the form of community empowerment. Both have the same end goals. These are relevant and in accordance with the direction of development of contemporary pesantren which wants pesantren to no longer only carry out their traditional functions as religious educational institutions, but also as social community institutions. |
|
Analisis Pemberhentian Hukum Hudud Kerana Pemeliharaan Maqasid Al-Shari’ah |
Author : Mustafa Bin Mat Jubri Shamsuddin & Miszairi Sitiris |
Abstract | Full Text |
Abstract :Seringkali dilihat maqasid itu mengawal keabsahan hukum taklifi dari sudut pelaksanaannya, sehinggakan maqasid itu berkuasa menghentikan atau meneruskan pengamalan sesuatu hukum. Dari sudut yang lain, hukum-hukum itu pula dilihat sebagai wasilah kepada maqasid, maka kebenaran dan kewujudan maqasid adalah bergantung kepada pelaksanaan hukum. Dengan merujuk kepada pelaksanaan hukum hudud, maqasid yang mahu dicapai adalah pemeliharaan lima unsur utama (daruriyat khamsah) serta penjagaan keamanan umum yang terkandung di dalam maksud jalb al-maslahah. Tujuan utama kajian ini adalah menjelaskan hubungkait antara hukum dan maqasid, dalam konteks hubungan antara jalan (wasilah) dan tujuan (maqsad), dan antara unsur kecil (juz?i) dan unsur besar (kulli), dan kesannya dalam pelaksanaan hukum secara umum dan hudud secara khusus. Kajian ini bersandarkan dua kaedah utama, iaitu kaedah pengumpulan data secara induktif dan kaedah penganalisian data secara deduktif. Kepentingan kajian ini adalah terserlah pada pengenalpastian ciri hubungkait antara hukum dan maqasidnya, dan antara maqasid dan hukumnya, dari sudut pengukuran kesan ketidakcapaian maqasid terhadap pelaksanaan hukum, dan pengukuran kesan pemberhentian hukum terhadap pemeliharaan maqasid. Hasil kajian ini mendapati antaranya ialah; pemberhentian sesuatu hukum tidak hanya dilihat dari sudut pemeliharaan maqasidnya sahaja akan tetapi, diambil kira juga sudut-sudut yang lain seperti perubahan faktor pada hukum yang membawanya kepada maqasid yang berbeza, selain itu ketidakcapaian maqasid adalah berpunca dari kegagalan pelaksanaan hukum yang sebenarnya, justeru ia tidak membawa kepada pemberhentian hukum akan tetapi penambahbaikan pelaksanaan hukum tersebut. Hukum hudud dan pelaksanaannya mesti dilihat dari sudut hubungannya dengan maqasid melalui cara ini, kerana pemberhentian hukum sebenarnya mengakibatkan pembatalan maqasid |
|
Merakyatkan Institusi Zakat Menurut Perspektif Maqasid Syariah |
Author : Mohd Izzuddin Bin Mohd Noor, Fatimah Nadirah Binti Mohd Noor, Farrah Yazmin Binti Aziz & Badriah Binti Nordin |
Abstract | Full Text |
Abstract :Institusi zakat merupakan salah satu daripada institusi yang sangat penting dalam kehidupan umat Islam. Ia menjadi nadi penggerak kemajuan untuk kelangsungan hidup masyarakat. Justeru, ia perlu berada dekat di hati rakyat. Maka kajian ini bertujuan untuk melihat kaedah-kaedah yang boleh digunakan bagi merakyatkan institusi zakat dari sudut Maqasid Syariah. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menghimpunkan maklumat daripada kitab-kitab turath, kontemporari, kajian ilmiah dan fatwa semasa berkaitan dengan institusi zakat dan Maqasid Syariah. Kesemua maklumat ini akan diteliti bagi mendapatkan gambaran sebenar berkaitan langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk merakyatkan institusi zakat daripada perspektif Maqasid Syariah. Hasil kajian menunjukkan Maqasid Syariah boleh menjadi instrumen panduan bagi merakyatkan institusi zakat. |
|
Keperluan Pematuhan Indeks Al-Maqasid Syariah Bagi Institusi Zakat Di Malaysia |
Author : Ahmad Shukri Bin Yusoff & Rosli Bin Mokhtar |
Abstract | Full Text |
Abstract :Kerajaan Malaysia telah mengambil inisiatif melancarkan Model Indeks Syariah Malaysia sebagai penanda aras kepada pencapaian maqasid syariah dalam pentadbiran negara. Maqasid syariah, khasnya dari aspek pentadbiran memainkan peranan penting dalam memelihara kemaslahatan masyarakat. Objektif utama kajian ini adalah memperkenalkan Indeks Maqasid Syariah yang disediakan oleh JAKIM kepada pentadbiran zakat di Malaysia, disamping menjelaskan keperluan-keperluan disebalik pematuhan tersebut. Kajian ini menjalankan proses pengumpulan data melalui teknik analisis dokumen. Secara keseluruhan terdapat tiga keperluan yang mendorong pematuhan ini iaitu pertama, wujudnya pencapaian kutipan yang tidak seimbang; kedua, meningkatnya aduan berkenaan agihan zakat; dan ketiga, kepercayaan masyarakat. Ini akhirnya sebagai usaha untuk menarik lebih ramai orang untuk lebih mendekati institusi zakat disamping membina kepercayaan masyarakat terhadap tadbir urus zakat. Dengan memenuhi kriteria Indeks Syariah Malaysia, pentadbiran zakat akan berpotensi memperoleh lebih fleksibiliti sejajar dengan kemaslahatan, menghasilkan tindakan-tindakan yang membawa kepentingan kepada negara dan rakyat, dan akhir sekali menyerlahkan kesempurnaan Islam. |
|
Influence Of Taqwa (Piety) On Sustaining Corporate Governance Of Zakat Institutions |
Author : Suhaimi Mhd Sarif |
Abstract | Full Text |
Abstract :This study examines the influence of taqwa (piety) on sustaining corporate governance. Taqwa (piety) manifests sincerity, integrity, wisdom, and persistency in generating ethical decisions and actions. Organizational corporate governance is in the hands of gatekeepers, employees, and other stakeholders of organizations. Any inadequacy of ethical decisions and actions is a reflection of deficit in taqwa (piety). This study uses personal interview to solicit the views of selected gatekeepers and executives of zakat institutions in Southeast Asia pertaining to the influence of taqwa (piety) level of the gatekeepers in sustaining good corporate governance in zakat institutions. The gatekeepers argued that professionalism and transparency are embedded in the code of conduct for professionals. The legal abiding behavior is confined within the scope of the code of conduct. Beyond legal obligation is the social obligation. The executives contended that taqwa (piety) is the essential spiritual strength to sustain ethical action through corporate governance. The study argued that taqwa (piety) in ethical leadership sustains organizational corporate governance. |
|
Kesejahteraan Keluarga Menurut Maqasid Syariah Dalam Konteks Masyarakat Majmuk Di Sarawak: Satu Tinjauan Awal |
Author : Awang Nib Zuhairi Bin Awang Ahmad, Hadenan Bin Towpek & Abdul Razak Bin Abdul Kadir |
Abstract | Full Text |
Abstract :Islam merupakan sebuah agama yang memberikan perhatian serius terhadap aspek kesejahteraan keluarga. Hal ini boleh dibuktikan menerusi prinsip yang menjadi tumpuan dalam maqasid syariah iaitu menjaga agama, nyawa, keturunan, akal dan harta. Prinsip-prinsip ini banyak dibahaskan dalam merangka dasar-dasar kesejahteraan keluarga. Justeru artikel ini menganalisis terhadap aspek kesejahteraan keluarga menurut maqasid syariah dalam masyarakat majmuk di Sarawak. Artikel yang bersifat kajian kualitatif ini mengupas pandangan para ilmuan Islam secara terperinci dengan menggunakan metod analisis kandungan, induktif, deduktif serta komparatif. Artikel ini mendapati bahawa pembinaan dasar kesejahteraan keluarga berteraskan lima prinsip maqasid syariah dalam konteks masyarakat majmuk di Sarawak boleh dirumuskan menerusi sembilan belas elemen utama. Teras prinsip pertama (menjaga agama) merumuskan elemen akidah, keimanan, memupuk keharmonian, saling hormat menghormati dan amar makruf nahi mungkar. Teras prinsip kedua (menjaga nyawa) merumuskan elemen pencegahan kezaliman sama ada kepada diri sendiri atau orang lain, kasih sayang dan bersyukur dengan anugerah kehidupan. Teras prinsip ketiga (menjaga akal) merumuskan elemen pencegahan daripada perkara yang memudaratkan akal, kelestarian akal dan hubungan dengan persekitaran. Teras prinsip keempat (menjaga keturunan) merumuskan elemen kewajipan perkahwinan, pendidikan, hubungan dengan manusia dan hubungan dengan Tuhan (ibadah). Teras prinsip kelima (menjaga harta) merumuskan elemen pengurusan kewangan yang merangkumi pendapatan dan perbelanjaan, kebajikan, kewajipan menunaikan zakat dan melakukan amal jariah seperti sedekah, derma dan wakaf. Dapatan daripada artikel ini secara langsung membuktikan bahawa Islam amat mementingkan kepada kesejahteraan manusia dalam masyarakat majmuk secara umumnya dan kesejahteraan keluarga secara khususnya untuk kehidupan di dunia serta akhirat. |
|
Penggunaan Wang Bantuan Zakat Dalam Kalangan Asnaf Fisabilillah Dan Asnaf Gharim Di Universiti Teknologi Malaysia |
Author : Naemah Binti Hamzah, Mohd. Nasir Bin Masroom, Aminuddin Bin Ruskam & Amir Irsyad Bin Saim |
Abstract | Full Text |
Abstract :Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia merupakan salah satu rakan pungutan zakat kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor. Sebanyak 31.25% pulangan zakat diberikan kepada PIUTM untuk diagihkan kepada asnaf gharim, fisabilillah, fakir, miskin dan amil. Namun begitu, PIUTM menghadapi masalah untuk mengenalpasti penggunaan wang bantuan zakat yang disalurkan kepada pelajar untuk bantuan sara diri, bantuan kecemasan dan bantuan latihan industri. Justeru itu, kajian ini bertujuan mengenalpasti penggunaan wang bantuan zakat dalam kalangan asnaf. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui tinjauan soal selidik secara dalam talian kepada 401 orang responden. Analisis dokumen turut digunakan sebagai data sokongan data yang diperolehi. Kajian ini menghasilkan profil latar belakang penerima zakat dan pola penggunaan wang bantuan zakat. Kajian turut mendapati tiga pola utama pengunaan wang zakat iaitu belanja makan minum, keperluan harian dan membantu keluarga. Hasil kajian ini diharapkan dapat dikemukakan sebagai panduan bagi memantapkan pengurusan dan pentadbiran zakat yang melibatkan proses kutipan zakat, agihan zakat dan program pembangunan kendiri asnaf. |
|