KONSEP PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM | Author : MUHAMMATSAKREE MANYUNU | Abstract | Full Text | Abstract :Penilaian pendidikan Islam merupakan satu pendidikan Rabbani yang berunsur kepada Tuhan (Allah SWT). al-Quran dan Sunnah dijadikan rujukan asasi dalam pelaksanaannya. Alat (wasilah) mengukur adalah alat yang membuktikan kesahan matlamat (ghayah) pendidikannya. Dua perkara yang perlu diambil kira dalam menjalani alat (wasilah) penilaian pendidikan Islam: keikhlasan kepada Allah SWT dan mengikut sunnah Nabi Muhmmad SAW. Seseorang anak didik perlu dinilai dari sudut jasmani, aqli, rohi, emosi dan kemasyarakatan secara seimbang. Hasil penilaiannya di dunia ini akan memberi kesan baik atau buruk di akhiratnya nanti. |
| MEMBINA KRITIKAN SASTERA MELAYU DALAM JALUR PASCAMODENISME | Author : Azhar Hj.Wahid, Abdul Ghani Hj.Abu | Abstract | Full Text | Abstract :Kritikan sastera Melayu bukan sahaja menilai karya sastera yang wujud, malah juga mencakupi penulisan legislatif dan pembentukan teori sastera. Perkembangannya mengujudkan beberapa tahap perkembangan, yang penting antaranya tahap sebelum Perang Dunia II, tahap sebelum kemerdekaan, zaman kemerdekaan, modenisme, dan sekarang pascamodenisme. Tradisi kritikan sastera Melayu bermula pada tahun-tahun 1950-an, yang telah mendapat perhatian serius daripada tokoh-tokoh pengkritik dan penulis ASAS 50. Dalam perkembangan sastera Melayu dalam beberapa dekad seterusnya, terkesan akan angin perubahan ke arah dunia sastera pascamodenisme dengan dunia intelektualisme. Kehadiran teori baharu yang disesuaikan dengan teks pascamodenisme, antaranya Strukturalisme, Psikoanalisis, Intertekstualiti, Semiotik, Teksdealisme, Psikoanalisis, Resepsi, Feminisme, Fenomenologi, Hermeneutik, New Historicism dan sebagainya telah hadir dalam sastera di Malaysia. Begitu juga dengan kewujudan teori tempatan seperti Puitika Sastera Melayu, Konseptual Kata Kunci, Teksdealisme, Takmilah, Estetika Bersepadu, dan sebagainya telah menyemarakkan dunia penulisan kritikan di Malaysia. Keadaan ini akan membantu menyemarakkan lagi dunia kritikan sastera di Malaysia, khususnya dalam konteks kritikan sastera amali. |
| NOVEL EPISOD CINTA DI TANAH HIJRAH DALAM BACAAN INTERTEKSTUALITI | Author : Abdul Halim Ali, Ariff Mohamad | Abstract | Full Text | Abstract :Makalah ini bertujuan menganalisis unsur-unsur intertekstualiti dalam novel Episod Cinta Di Tanah Hijrah`` karya Amaruszati Noor Rahim. Analisis dan perbincangan dibuat secara deskriptif berpandukan teori Intertekstualiti yang dikemukakan oleh Julia Kristeva (1980). Teori ini memberi penekanan kepada penelitian hubungan yang wujud antara teks pengarang dengan teks-teks yang lain yang berada di sekitar teks pengarang. Beberapa alat ukur Intertekstualiti ialah transformasi, modifikasi, ekspansi, demitefikasi, haplologi, defamiliarisasi dan paralel. Analisis menunjukkan idea dan perkembangan plot dalam novel Episod Cinta Di Tanah Hijrah`` terhasil daripada gabungan beberapa aspek lain di luar teks asal seperti sejarah Tanah Melayu, pengalaman peribadi pengarang, merupakan antara teks utama yang berhubungan dengan karya ini. Elemen sejarah ini dapat dikesan dalam teks `Memoir Samsiah Fakeh`, novel `Lefternan Adenan Wira Bangsa` dan pengalaman benar dalam masyarakat kini. Hasil analisis menunjukkan bahawa novel Episod Cinta Di Tanah Hijrah tidak terhasil atas kapasiti keunggulan satu idea sahaja, sebaliknya dijayakan dengan berkesan oleh kehadiran teks-teks lain yang berjaya menghidupkan jalan cerita. |
| KUMPULAN CERPEN PASCASEJARAH MELALUI BACAAN SEMIOTIK | Author : Tengku Intan Marlina Tengku Mohd Ali | Abstract | Full Text | Abstract :Penulisan ini akan membincangkan cerpen Pascasejarah dari sudut Teori Semiotik Peirce dan Morris yang dapat mengungkapkan satu penanda kepada petanda yang sampai kepada pemikiran pembaca berkisar dengan cerita-cerita yang telah berlaku, atau cerita yang sudah menjadi sejarah. Penandanya dapat dikenalpasti melalui proses semiosis dalam tiga kategori, iaitu: hasil pemahaman persembahan, objek dan interpretasi. Tanda-tanda yang diungkapkan oleh pengarang dalam teks memperlihatkan kisahkisah sejarah yang dimasukkan ke dalam Pascasejarah kerana kisahkisah sejarah itu sendiri merupakan “rumus yang berulangberulang” dan dijadikan ikhtibar kepada para pembaca. Kisah-kisah benar dan nyata dari sejarah-sejarah yang terdahulu dipersembahkan oleh pengarang dalam fiksyen melalui tandatanda ikon, indeks dan simbol. Tajuk-tajuknya pula memperlihatkan tanda-tanda yang tersendiri yang perlu ditafsir oleh pembaca dan memberi indeks pengertian yang tersirat di sebalik tanda-tanda yang dipaparkan. Keseluruhan tajuk-tajuk cerpen tersebut merupakan indeksikal kepada dunia imaginatif dan kreatif dalam cerita yang digarap oleh pengarang. Tajuk-tajuk tersebut dipilih dan diletakkan bersesuaian dengan isi cerita yang telah dapat menyiratkan makna rumusan cerita yang hendak disampaikan oleh pengarang melalui sejarahsejarah lalui Greek dan Rom serta mitos Yunani. |
| BAHASA DALAM MATERA MENGIKUT BUDAYA MELAYU | Author : Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria, Mohd Rosli Saludin | Abstract | Full Text | Abstract :Menurut George A. Miller (1965), ilmu psikolinguistik bertujuan untuk menghuraikan proses psikologi yang berlaku ketika manusia menggunakan ayat. Beliau pernah menegaskan bahawa kelahiran disiplin ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana ahli psikologi sudah lama mengakui bahawa otak manusia itu menerima simbol-simbol linguistik. Sehubungan itu, bahasa atau dunia kata-kata dalam mantera akan dilihat berdasarkan bagaimana bentuk pengucapan mantera boleh mempengaruhi pemikiran atau psikologi manusia atau individu yang mengamalkannya. Makalah ini mempunyai dua objektif iaitu mengenal pasti bentuk bahasa mantera dan kedua adalah menghuraikan bagaimana bentuk tersebut dapat mempengaruhi khalayak yang mengamalkannya. Makalah ini akan menggunakan teori psikolinguistik yang melihat proses kreatif dalam berbahasa boleh mempengaruhi psikologi manusia dan teori struktural yang melihat dunia katakata dalam mantera. Teori struktural tidak akan dilihat sebagai dunia yang autonomous tetapi akan dihubungkan dengan konteks atau budaya masyarakat yang melahirkan mantera. Mantera ialah karangan berangkap yang menerangkan world-view dan kosmos bagi manusia berhubung dengan makhluk-makhluk ghaib. Mantera menerangkan pemikiran tentang peranan dan kepentingan manusia untuk menguasai ilmu, menghayati alam sekitar, dan hubungan manusia dengan kehidupan, sebuah ekspresi intelektual serta memberi penekanan kepada keindahan dan kehalusannya iaitu dari segi budi dan bahasanya. Kesimpulannya, dunia kata-kata dalam mantera boleh merangsang psikologi manusia untuk berubah menjadi apa yang dimahukannya mengikut amalan individu tersebut. Namun, penggunaan mantera bagi masyarakat Melayu kini kurang diamalkan kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Islam. |
| BAHASA ETNIK IBAN DI SARAWAK | Author : Chemaline Osup | Abstract | Full Text | Abstract :Bahasa etnik Iban dituturkan oleh satu pertiga daripada penduduk Sarawak, iaitu masyarakat indigenous yang terbesar di negeri yang meliputi kawasan seluas 47,000 batu persegi. Bahasa ini telah menjadi lingua-franca dan bahasa perdagangan dalam kalangan orang Iban, Cina, Melayu, Bidayuh enggau Orang Ulu pada zaman Rajah Brooke. Penutur bahasa Iban didapati di Sarawak, Sabah, Brunei dan Kalimantan dan bahasa ini adalah milik atau kepunyaan kumpulan bahasa Melayu, yakni MalayoPolynesia dari rumpun bahasa Austronesia. Walau bagaimanapun, bahasa Iban tidaklah dapat difahami dengan begitu baik oleh penutur jati bahasa Melayu di Semenanjung Tanah Melayu atau Indonesia. Oleh demikian, bahasa Iban boleh dianggap sebagai satu dialek bahasa Melayu. Sebagai ahli kepada keluarga bahasa Malayo-Polynesia dari rumpun bahasa Austronesia, bahasa Iban sangat berkait rapat kepada bahasa Melayu Indonesia dan pelbagai dialek bahasa Melayu di negara kita. Maknanya, sekiranya seseorang itu mahir berbahasa Melayu, dia memang berkeupayaan untuk memahami kata-kata dan ungkapan bahasa Iban. Bahasa Iban ialah bahasa yang terdiri daripada 60 peratus kata-kata dasar bahasa Melayu. Sesungguhnya, bolehlah ia dikatakan sebagai sub-kumpulan bahasa Melayu. Yayasan Tun Jugah (TJF) yang telah ditubuhkan pada tahun 1985 telah berusaha dengan gigih untuk mengumpul, mentranskripsi, menterjemah dan mengintepretasi folklor masyarakat Iban bagi memudahkan sarjana kontemporari dan generasi Iban yang mendatang mengkaji kesusasteraan dan bahasa etnik Iban. |
| KONSEP HAK ASASI MANUSIA DALAM KARYA MELAYU TRADISIONAL | Author : Hasrina Baharum | Abstract | Full Text | Abstract :Makalah ini mengetengahkan karya Melayu tradisional sebagai sumber untuk meneroka dan mengkaji konsep hak asasi manusia yang dipegang oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Umum mengetahui bahawa tuntutan hak asasi manusia sebenarnya adalah tidak sama. Tuntutan tersebut berbeza antara sebuah masyarakat/negara dengan masyarakat/negara yang lain bergantung kepada undang-undang, keadaan politik, kedudukan ekonomi, budaya, dan agamanya. Dalam hal ini karya Melayu tradisional sebagai sebuah dokumentasi sosial yang banyak merakamkan pelbagai sisi kehidupan masyarakat Melayu zaman silam, dapat dijadikan sebagai sumber untuk mengkaji konsep hak asasi manusia yang dipegang oleh masyarakat Melayu zaman silam, khususnya melalui karya sastera sejarah dan sastera undangundang dan ketatanegaraan. |
| NILAI MURNI DALAM SASTERA REMAJA MEMUPUK KECINTAAN TERHADAP NEGARA | Author : Ani Hj. Omar | Abstract | Full Text | Abstract :ertas kerja ini membuat penelitian terhadap nilai-nilai murni yang terdapat dalam novel remaja Air Mata Ibu. Penghasilan sastera remaja bukan sahaja dilihat daripada subjek dan media, malah diri remaja itu sendiri perlu diketahui. Bagi mengenali sastera remaja, penekanan perlu diberi kepada nilai murni yang mengandungi nilainilai moral dan pendidikan. Malah, sastera mampu menjana pemikiran masyarakat khususnya remaja ke arah keunggulan berfikiran bagi melahirkan generasi yang seimbang dalam semua aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intektual. Ini bertujuan supaya generasi masa kini dapat memahami lantas menghayati apa yang dihasratkan oleh pemerintah dalam menyemai perpaduan kaum demi keharmonian negara tercinta. Terdapat lapan nilai murni dalam novel remaja Air Mata Ibu iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai-nilai murni itu diharap dapat menyatupadukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat untuk pembinaan negara. Kini, negara amat memerlukan generasi yang benar-benar mempunyai sikap yang positif, dinamik, berpandangan jauh dan mempunyai kekuatan serta daya tahan yang kental. |
| PENGARUH KEPERCAYAAN PRA-ISLAM DALAM MANTERA: SATU PENELITIAN TERHADAP BUDAYA PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU, DAERAH RAMAN, WILAYAH YALA | Author : Saliha Musor | Abstract | Full Text | Abstract :Masyarakat Melayu, walau pun sudah lama berabad menerima agama Islam, tetapi pengaruh kepercayaan sebelumnya masih melekat terutama sekali kepercayaan anemisme dan HinduBuddha. Hal ini dapat melihat dalam budaya perubatan tradisional Melayu yang para bomoh atau “tok bomo” masih menggunakan mantera sebagai alat untuk memulih penyakit disamping mengguna ubat-ubatan yang lain. Hal ini sangat penting kerana, dari pengasimilasian mantera dari semasa ke semasa dengan kepercayaan baharu inilah kita akan dapat memahami cara masyarakat Melayu mengubah suai dalam hal-hal yang lain khasnya yang berkaitan dengan kepercayaan. |
| KONSEP KOMUNIKASI DAN KEPENGARANGAN MUHAMMAD HAJI SALLEH BERASASKAN MODEL TEKSNALURI | Author : Ghazali Din, Abdul Halim Ali, Mohd Azam Sulong | Abstract | Full Text | Abstract :Seorang penyair menghantar mesejnya melalui puisi. Puisi mempunyai kekuatan dari aspek bahasanya yang mencerminkan perasaan seorang pengarang. Puisi yang bersifat komunikatif berkomunikasi dengan pembaca melalui perasaan pengarangnya yang diterapkan ke atas teks sehingga mempengaruhi perasaan pembaca. Kajian ini akan menyentuh tentang kepengarangan dan proses kreatif berlandaskan naluri seorang pengarang (penyair). Konsep Teksnaluri dikemukakan untuk memperlihatkan hubungkait antara naluri. Teksnaluri adalah pembuktian bahawa sesebuah puisi yang dihasilkan mempunyai sifatsifat kejiwaan bagi memberi kesan mendalam kepada emosi pembaca. Kajian ini akan menggunakan pendekatan deksriptif dan kaedah kualitatif untuk mengkaji puisipuisi karya Muhammad Haji Salleh dalam 10 kumpulan puisinya secara kepustakaan. Puisi-puisinya dikaji dari aspek sejauh manakah naluri pengarang menjadi landasan komunikasi antara pengarang, teks dan pembaca dalam memahami makna teks puisi. Teksnaluri adalah cetusan gagasan baharu yang kemukakan pengkaji bagi menambah ilmu berkaitan kepengarangan, psikologi serta pertaliannya dengan proses kreatif seseorang pengarang kreatif. Selain ilmu dan pengalaman sebagai faktor yang membina kredibiliti seseorang pengarang, pengaruh naluri dalam penciptaan puisi adalah aspek yang mengukuhkan kredibiliti sesebuah karya kreatif. Kajian ini akan menambah khazanah gagasan yang berkaitan aspek kepengarangan yang memanfaatkan kekuatan bahasa dalam menentukan ruang lingkup pengkaryaan yang menyangkuti pelbagai persoalan kehidupan yang dilalui seorang pengarang. Setiap manusia termasuk pengarang memiliki naluri sebagai fitrah hingga mempengaruhi jiwa dan pemikiran pembaca yang diungkapkan secara estetik melalui bahasa yang digunakannya. Sifat mementingkan komunikatif akan mendorong pengarang menghasilkan puisi yang mempunyai ciri-ciri Teksnaluri. |
|
|