MAJAS PADA PUISI ”TUHAN, KITA BEGITU DEKAT” KARYA ABDULHADI W.M.: KAJIAN STILISTIKA | Author : Ali Imron Al-Ma’ruf | Abstract | Full Text | Abstract :Tujuan kajian ini adalah untuk menerangkan tuan dalam "Tuhan, Kita Begitu Dekat" oleh Abdulhadi WM. Kedua, menerangkan fungsi dan tujuan penggunaan tuan sebagai ungkapan penulis dalam menyatakan idea-ideanya. Kaedah penyelidikan adalah deskriptif kualitatif yang mengemukakan objektif dan tafsiran penuh nuansa. Analisis data dilakukan dengan menggunakan bacaan bacaan kaedah Semiotik yang merupakan bacaan heuristik dan hermeneutik dan kaedah pemikiran induktif. Hasil kajian gaya "Tuhan, Kita Begitu Dekat" Tunjukkan: (1) keagungan dalam puisi "Tuhan, Kita Begitu Dekat" Mempunyai keunikan dan keunikan serta membuktikan kecekapan Abdulhadi WM Dalam pemberdayaan semua bahasa berpotensi. Keanehan dari "Tuhan, Kita Begitu Dekat ". Dilihat dari tuan khas Abdulhadi. Mantel dalam puisi "Tuhan, Kita Begitu Dekat" didominasi oleh tuan metafora, simile, dan hiperbola yang cantik dan kaya dengan variasi, dan ekspresif, bersekutu, dan estetik; (2) penggunaan tuan dalam puisi " Tuhan, Kita Begitu Dekat ", mempunyai latar belakang, tujuan, dan fungsi tertentu dalam usaha untuk mewujudkan kesan makna tertentu dengan bahasa estetik. Pada masa yang sama ia menunjukkan keperibadian Abdulhadi sebagai penyair yang mempunyai kreativiti tinggi. |
| KEPELBAGAIAN DIALEK DALAM KELUARGA DUSUNIK: ANALISIS CIRI LEKSIKAL | Author : Minah Sintian, Mohd. Sharifudin Yusop | Abstract | Full Text | Abstract :Makalah ini bertujuan untuk meneliti variasi fonem dalam leksikal dialek-dialek keluarga Dusunik, iaitu Bunduliwan, Tangara, Tatana, Mangkaak, Dumpas dan Rungus. Data diteliti menggunakan kaedah dialektologi generatif khususnya teori fonologi generatif. Data kajian diperoleh melalui kajian lapangan dan analisis dokumen menggunakan kamus. Sejumlah 207 senarai kata Swadesh terjemahan bahasa Melayu telah digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data. Hasil kajian mendapati fonologi dialek-dialek Dusunik mengalami proses perubahan dan pengguguran segmen dalam kata leksikal. Proses perubahan bunyi melibatkan 7 pasangan variasi fonem konsonan, iaitu fonem /l/ dan /h/, fonem /r/ dan /l/, fonem /l/ dan /d/, fonem /h/ dan /s/, fonem /w/ dan /v/, fonem /y/ dan /z/ serta fonem /?/ dan /k/. Proses pengguguran fonem konsonan pula melibatkan fonem /t/, /h/, /r/, /l/ dan /y/. Perubahan dan pengguguran fonem konsonan itu tersebar di awal kata, tengah kata dan akhir kata. Perubahan dan pengguguran boleh mempengaruhi bunyi kata sebutan asal dan memberi impak kepada darjah saling faham-memahami antara penutur dialek yang berasal dari satu bahasa yang sama. Semakin banyak perubahan dan pengguguran fonem, maka semakin besarlah perbezaan suatu dialek. Akibatnya darjah saling faham makin menurun dan kemungkinan dialek-dialek itu akan terpisah menjadi suatu bahasa sendiri. |
| ESTETIK LAGU-LAGU MELAYU POPULAR (ELMP): SATU ANALISIS TERHADAP SENI KATA LAGU | Author : Mohd Azam Sulong, Zaharul Lailiddin Saidon, Mohd Rosli Saludin | Abstract | Full Text | Abstract :ajian yang dijalankan ini adalah berkaitan dengan Estetik Lagu Melayu Popular (ELMP) melalui penganalisisan terhadap seni kata lagu. Dalam kajian ini hanya memberi fokus kepada lagulagu Melayu popular di Malaysia. Lagu Melayu Popular dalam konteks kajian ini adalah lagu-lagu yang dicipta oleh karyawan tempatan, dipilih, dirakam oleh penyanyi popular dan diterbitkan oleh syarikat rakaman, diedar, dijual dan disiarkan bagi tujuan komersial. Tujuan kajian ini untuk mendapat jawapan mengenai aspek-aspek gaya bahasa dalam seni kata lagu lagu-lagu Melayu popular. 10 sampel kajian daripada 50 buah lagu yang dipilih adalah lagu-lagu Melayu popular yang memenangi anugerah-anugerah berprestij di negara anjuran badan penyiaran dan industri muzik iaitu (1) Anugerah Industri
Persatuan Muzik Malaysia (AIM) dan Anugerah Juara Lagu (AJL). Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data mengenai seni kata lagu. Kaedah temu bual juga dilakukan terhadap pengkaryapengkarya yang terlibat dalam penciptaan lagu dan seni kata lagu yang dipilih. Untuk mendapat kesahan dan kebolehpercayaan data, kaedah triangulasi yang diubahsuaikan daripada Denzin dan Lincoln (2005) digunakan. Dapatan ditriangulasikan melalui analisis seni kata dan temu bual dengan pengkarya-pengkarya serta dokumen-dokumen sokongan yang lain. Kerangka teori yang mendukung kajian ini adalah teori Estetik sebagai teori umum dan dihalusi dengan teori Stilistik. Dapatan kajian mendapati unsur bunyi yang terhasil dari seni kata mempunyai estetika yang tinggi. Selain daripada itu gaya pengulangan seni kata dan melodi juga mampu menghasilkan bunyi yang menarik. |
| SIMBOL DALAM MANTERA MENURUT KEPERCAYAAN ORANG MELAYU | Author : Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Abdul Halim Ali, Mohd Rosli Saludin | Abstract | Full Text | Abstract :Mantera mempunyai unsur simbolisme yang boleh dilihat melalui penggunaan bahasanya. Ia penting dalam mempengaruhi pemikiran seseorang individu untuk menjadi lebih sempurna dalam kehidupan mereka dan kehidupan bermasyarakat. Makalah ini mempunyai dua objektif iaitu pertama mengenal pasti simbol yang terdapat dalam mantera dan kedua menghuraikan fungsi simbol yang terdapat dalam mantera menurut kepercayaan orang Melayu. Kajian ini bertitik tolak daripada teori Semiotik yang melihat proses kreatif dalam berbahasa boleh mempengaruhi psikologi manusia dan melihat dunia kata-kata dalam mantera sebagai cerminan lambang akal budi orang Melayu. Ia juga akan disesuaikan dengan teori pengkaedahan Melayu. Prinsip simbol yang terdapat dalam teori Semiotik akan dilihat bagi mengenal pasti simbol-simbol yang terdapat dalam mantera. Manakala fokus bagi teori Pengkaedahan Melayu adalah berkaitan dengan pendekatan firasat yang berkait langsung dengan pemikiran masyarakat Melayu dahulu. Bahan mantera yang akan digunakan adalah daripada buku Ulit Mayang Kumpulan Mantera Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Justeru keindahan kata-kata dalam mantera bukan sahaja terletak pada pilihan kata serta kalimatnya yang berima, tetapi terkandung di dalamnya makna dan falsafah yang sangat baik mewakili pancaran pemikiran masyarakat tradisi dahulu. Mantera juga dapat menerangkan pemikiran tentang peranan dan kepentingan manusia untuk menguasai ilmu, menghayati alam sekitar, dan hubungan manusia dengan kehidupan, sebuah ekspresi intelektual serta memberi penekanan kepada keindahan dan kehalusannya iaitu dari segi budi dan bahasanya. Maka penggunaan simbol dalam mantera dilihat amat penting untuk menggambarkan kepercayaan masyarakat terhadap sesuatu perkara dan mantera adalah cermin serta dokumen budaya masyarakat tradisi. |
| ESTETIKA KEROHANIAN DALAM SENI KATA LAGU POPULAR KARYA S. AMIN SHAHAB | Author : Hairul Anuar Harun, Abdul Halim Ali, Mohd Azam Sulong | Abstract | Full Text | Abstract :Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesepaduan dan perkaitan antara unsur estetika dengan kerohanian dalam seni kata lagu karya S. Amin Shahab. Sebanyak 10 buah seni kata lagu menjadi sumber data berdasarkan dua kriteria utama, iaitu (1) lagu yang popular dan malar segar, (2) seni katanya menepati tema kerohanian. Kajian ini akan menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan teks dengan pengumpulan data dan kajian kepustakaan. Data yang dianalisis, dibincang secara deskriptif, dengan berpandukan aspek gaya bahasa oleh Tarigan. Penyepaduan unsur estetika gaya bahasa ini dihubungkan dengan pemikiran S. Amin Shahab dan perkaitannya dengan unsur kerohanian. Hasil kajian mendapati sebanyak enam jenis gaya bahasa mendominasi sumber data. Kesepaduan estetika dengan kerohanian, terbukti wujud dan begitu signifikan dengan sastera sufistik serta kaya dengan maksud tersirat dan tersurat mahupun dari aspek tekstual dan kontekstual, serta penuh fikrah, berhikmah, indah, dan bermakna. Penyelidikan ini telah membuktikan bahawa seni kata lagu merupakan sebuah karya sastera yang komprehensif malah sewajarnya ia diangkat serta diiktiraf sebagai salah satu cabang sastera. |
| PENGEMBANGAN PENGAJIAN MELAYU MEMPERKUKUHKAN BAHASA MELAYU NUSANTARA | Author : Azhar Hj.Wahid, Fathin Noor Ain Ramli | Abstract | Full Text | Abstract :Anjakan usaha dan aspirasi memperkukuhkan bahasa Melayu di kepulauan Asia Tenggara perlu kekuatan yang bersandarkan pada pengembangan dan pemerkasaan pengajian Melayu secara horizontal. Harapan sedemikian tidak mungkin tercapai tanpa kekuatan kemahuan dalam kalangan cendekiawan, budayawan, sasterawan, penulis, pengerak bahasa dan sastera untuk menghasilkan pengajian Melayu yang berkualiti tinggi. Pengajian Melayu meliputi segala hasil kesusasteraan yang tertulis dalam bahasa Melayu, baik di Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, mahupun di wilayah berbahasa Melayu yang lain. Bahasa Melayu dalam terminologi supranasionalnya merentasi versi dan variasi bahasa Melayu Brunei Darussalam, bahasa Malaysia, bahasa Melayu Thailand, atau bahasa Indonesia. Dalam pengembangan pengajian Melayu yang berperanan mengangkat martabat bahasa, bangsa dan kesedaran rakyat telah mengembeling usaha dalam penglibatan wacana intelektual dunia. Karya berbahasa Melayu ditulis bagi mewacanakan pembangunan peradaban, membincangkan persoalan bahasa, sastera, budaya dan tradisi keilmuan dalam semua bidang. Di Malaysia dan Indonesia, karya sastera yang berbahasa Melayu telah menyemarakkan semangat perjuangan kemerdekaan, nasionalisme, dan menjadi wahana pembinaan negara bangsa serumpun, sehingga peranan dan fungsi pengajian Melayu serantau tidak pernah diragui, terutama dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. |
| PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI KBSM MENERUSI WATAK UTAMA DALAM TEKS KOMSAS NOVEL TIRANI | Author : Nurul Raihana Abdullah, Norila Md Salleh | Abstract | Full Text | Abstract :Makalah ini membincangkan tentang 16 nilai murni Kemahiran Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang terkandung dalam novel Komponen Kesusasteraan (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan 5 berjudul Tirani. Novel Tirani hasil karya BebSabariah ini digunakan di semua sekolah menengah di Zon II iaitu Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sebanyak 16 nilai murni KBSM dianalisis menerusi watak utamanya iaitu Waheeda untuk mengenal pasti sama ada kandungan teks menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dari aspek afektif, malah diuji kesesuaiannya dengan tuntutan pembinaan sesebuah kurikulum yang sangat menitiberatkan soal kerelevanan kandungan mata pelajaran demi mencapai objektif pendidikan yang sebenar.Set pengukuran nilai murni Tiga Dimensi Etika Utama yang terdiri daripada dimensi pentaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral dijadikan panduan kajian untuk mengkategorikan nilai-nilai murni KBSM mengikut hierarki. |
| ANALISIS PENGGUNAAN ILMU AL-BAYAN DALAM DIALOG AL-QURAN | Author : Mohd Abdul Nasir Abd Latif, Ahmad Zulfiqar Shah Abadul Hadi | Abstract | Full Text | Abstract :Ilmu al-Bayan merupakan suatu usul dan kaedah bagi menyampaikan suatu makna menerusi pelbagai bentuk susunan bahasa supaya makna yang dikehendaki menjadi lebih jelas. Sastera Arab klasik sebelum penurunan al-Qur’an banyak mengekspresikan maksud dalam bentuk tashbih, majaz dan isti’arah yang merupakan gaya bahasa dalam ilmu al-Bayan. Kajian ini mengemukakan analisis penggunaan Ilmu al-Bayan dalam ayat-ayat dialog al-Qur’an. Dapatan menunjukkan ayatayat dialog didominasi oleh penggunaan empat gaya bahasa ilmu tersebut iaitu Kiasan (al-Kinayah), al-Majaz, al-Isti‘arah dan al-Tanasub al-Bayani. |
| BAHASA DAN PENENTU MAKNA DALAM KONTEKS | Author : Yakub Nasucha | Abstract | Full Text | Abstract :Bahasa merupakan sistem lambang bunyi tutur bersifat arbitrer terjadi karena konvensi dan digunakan untuk berkomunikasi (fungsi bahasa). Pengertian bahasa tersebut mengandung dua ranah, yaitu bahasa sebagai ilmu pengetahuan dan sebagai alat komunikasi. Dalam kehidupan manusia, fungsi bahasa selalu bervariasi tergantung pemakaiannya. Fungsi utama bahasa untuk berkomunikasi dan faktor terpenting adalah adanya kesamaan makna. Konteks dapat membedakan makna dan maksud. Namun, makna dan maksud tuturan dapat juga ada yang tidak tercantum dalam konteks. Peranan faktor penentu makna dalam konteks dapat berupa penutur, waktu, tempat, dan situasi. Unsur-unsur itulah yang berpengaruh terhadap makna konteks. |
| SENI ARTISTIK DALAM PERSEMBAHAN PUISI RAHMAN SHAARI | Author : Rahayu Akhesah, Mohd Rosli Saludin | Abstract | Full Text | Abstract :Kajian ini dijalankan untuk melihat seni artistik puisi yang sangat sinonim dengan persembahan puisi Rahman Shaari. Kajian menggunakan penyelidikan kualitatif. Pembacaan puisi daripada kumpulan puisi ‘Anjung Deklamator. Karya puisi beliau turut banyak menyentuh segenap golongan masyarakat termasuk wanita, remaja, sahabat. Tema cinta, politik, kampung, patriotik, masyarakat, alam perkahwinan dan agama turut digarap bersama. Sebagai pemuisi, beliau gigih dalam memperjuangkan seni persembahan puisi secara artistik bagi memastikan puisi hidup segar di pentas. Kesungguhan beliau dibuktikan dengan lahirnya‘Anjung Deklamator’ yang memberi panduan deklamator puisi di pentas. Usaha beliau dalam memartabatkan puisi dengan persembahan artistik menarik minat pengkaji untuk mengkaji tentang beliau. Rahman Shaari amat menaruh keyakinan yang tinggi persembahan puisi artistik yang diusahakan oleh beliau menjadikan dunia perpuisian mendapat tarikan lebih ramai pemuisi yang baharu dan berkaliber. Dunia kesusasteraan semakin terserlah dengan adanya elemen artistik dalam setiap persembahan puisi kerana tidak dapat dinafikan persembahan puisi secara konvensional kini amat membosankan. Secara kesimpulannya, kajian ini membuktikan nilai usaha Rahman Shaari yang tinggi dalam dunia puisi dan artistiknya. Usaha Rahman Shaari ini amat baik dan boleh diaplikasikan oleh setiap pemuisi agar dunia puisi lebih segar dan menarik lebih ramai peminat puisi. |
|
|