Impak Program Latihan “Myref Digital Entrepreneur” Untuk Kemandirian Komuniti Hijrah (LGBT) | Author : Nurul Suhada Ismail, Farah Farhana Johari, Nur Aina Makhtarudin | Abstract | Full Text | Abstract :Isu berkaitan lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT) sentiasa mendapat perhatian berikutan gaya hidup yang bertentangan dengan norma dan budaya, serta dilarang di sisi Islam. Dalam perkembangan ini, tidak dinafikan terdapat sebilangan komuniti LGBT telah berhijrah dan kembali kepada fitrah. Namun, perkara yang menjadi kebimbangan adalah risiko untuk komuniti ini kembali kepada kehidupan lampau. Ditambah pula krisis kesihatan COVID-19 yang turut menjejaskan sektor perniagaan yang dijalankan oleh komuniti hijrah LGBT meskipun menjelang fasa endemik. Bagi menyokong penghijrahan dan meningkatkan punca pendapatan, komuniti ini dapat dibantu dengan program latihan dan pembangunan keusahawanan secara berstruktur. Persoalannya, sejauh manakah keberkesanan program ini dalam membantu mengekalkan kemandirian komuniti hijrah LGBT? Bagi menjawab persoalan tersebut, maka kertas kerja ini meneliti impak jangka panjang program latihan dan pembangunan keusahawanan dalam kalangan komuniti hijrah LGBT dari aspek ekonomi dan kemandirian hidup. Penelitian ini melibatkan 76 orang peserta komuniti hijrah LGBT beragama Islam yang terlibat secara langsung dalam program latihan keusahawanan. Secara umumnya, kertas kerja ini melibatkan kaedah kajian tindakan. Selain itu, kaedah analisis kandungan dilakukan ke atas data primer dan sekunder. Hasil penelitian mendapati bahawa program latihan ini dilihat mampu menonjolkan bakat dan kemahiran dalam diri komuniti hijrah dan menyelesaikan kemelut kewangan mereka sekali gus meningkatkan tahap ekonomi Islam. |
| An Applicability of Islamic Social Finance for The Ex-Offenders Independence: A Study on Gresik Local Prison | Author : Ahmad Hudaifah, Maulidy Albar, Bambang Tutuko, Ahmad Dahlan Malik | Abstract | Full Text | Abstract :The study attempts to uncover and discuss Islamic social finance focusing on waqf and zakat in elevating and raising the social and economic breakthrough of ex-offenders in the Gresik region. The qualitative ethnography study employs useful and frequent observational method in combination with document analysis and interviews with key informants concentrating on Islamic social finance and ex-prisoners’ life hurdles. The findings concluded that the circle of problematic reoffending, criminality re-entry and its related vulnerability can be overcome and decimated through communal voluntarism action utilizing the benefit of zakat, waqf, and generous expertise contribution to nurture and raise the ex-offenders to be independent professionals and businessperson. Not only does the employment securitization ensure prolonged law obedience but also the wealth and prosperity management and planning ascertain and attain joyful and decent life continuation after a prison sentence. |
| Income Zakat Collection Through Salary Deduction in Selangor. A Proposed Framework for Sustainability | Author : Mohamad Zaidy Darapar, Razali Haron | Abstract | Full Text | Abstract :This study aims to improve the method of zakat collection through salary deduction by improving calculation in the salary system. Specifically, the objectives of this study are to increase zakat collection in the future in Selangor, to recommend suitable measures to develop income zakat calculation in the salary system and to suggest deduction of income zakat as of the deduction of LHDN income tax deduction (MTD or PCB) in the salary system. The aim of this study are, to increase income zakat collection, to calculate income zakat with accurate calculation for employees based on their eligibility in the salary system and to avoid a non-movement of zakat deduction in employees’ salaries in the coming years. To achieve this, auto calculation will be imposed by employer on employees for income zakat in the salary system before income tax deduction for organisations in Selangor. This study is significant since zakat is one the important elements in Islamic Social Finance that is very crucial to be explored and utilized for ummah betterment. Hence, for the significance of this study, it will be beneficial for the ummah, especially for zakat payer (muzakki) and zakat receiver (asnaf). The benefit is also for the Lembaga Zakat Selangor and to the future researchers on how to improve income zakat collection. This is by proposing a framework on how to maintain zakat sustainability in future by improving the collection method especially for income zakat and to ensure zakat collection is more than zakat distribution in the future in Selangor. |
| Peningkatan Kualiti Modal Insan Untuk Keusahawanan Sosial Islam di Malaysia | Author : Siti Hajar Mohd Zaid, Siti Nur Aafifah Hashim | Abstract | Full Text | Abstract :Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi meningkatkan lagi kualiti hidup rakyat di Malaysia. Aspirasi ini di dokong oleh strategi dalam Rangka Tindakan Keusahawanan Sosial 2030 (SEMy2030). Walau bagaimanapun, setiap program pembangunan pasti berhadapan isu dan cabaran tersediri. Antara cabaran bagi kemapanan SEMy2030 ini adalah kekurangan tenaga mahir yang mengakibatkan strategi SEMy2030 tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Mengambil kira isu tersebut, artikel ini akan mencadangkan usaha kearah peningkatan kualiti modal insan dari sudut perspektif Islam supaya dapat memberi impak yang holistik kepada komuniti secara lestari sejajar dengan matlamat SEMy2030. Pembangunan modal insan dari perspektif Islam memfokuskan manusia sebagai matlamat utama untuk dibangunkan berpandukan kepada sumber-sumber Islam dan elemen spiritual manusia bagi mencapai kesejahteraan dan kebaikan. Justeru, empat ciri dicadangkan dalam artikel ini bagi membantu meningkatkan kualiti modal insan iaitu beriman, berakhlak, berilmu, kreatif dan kritis. Analisis menggunakan ayat-ayat al-Quran yang bertepatan dengan ciri-ciri-tersebut mendapati ciri-ciri tersebut berpotensi mempertingkatkan lagi kualiti modal insan jika dilaksanakan secara berperingkat dan berterusan. |
| Islamic Social Entrepreneurship Values: Application and an Experience of Akademi Bakat ABS | Author : Suhaili Ikhsan, Mohammad Aizat Jamaludin | Abstract | Full Text | Abstract :Muslims are encouraged by Islam to look after their Muslim community (brothers and sisters in Islam) by sharing and distributing their wealth among various levels of the community. A variety of mechanisms can be used to accomplish this goal including the application of zakat, waqaf and sedaqah (Islamic charity). The incorporation of Islamic values can groom the entrepreneur in social entrepreneurship through the application and education of Islamic values from a young age. In this context, this paper aims to achieve the main goal, which is to instil Islamic social entrepreneurship values in students personalities, while they are in school such as assisting and cooperating with their peers while performing tasks. To achieve the objectives, the study will identify the application of how Akademi Bakat ABS nurture the students inner self with the six values of entrepreneurship (i.e. social intelligence, integrity, altruism, creative and innovative, diplomacy, and righteousness), since pre-school and hence, leverage the mindset, behaviour, and subsequently the cultural value of social entrepreneurship among the students. With all the virtues it holds, the possibility to overcome the overwhelmed issue of graduates unemployability and incompetency in human skill can be achieved in confronting the Industrial Revolution 4.0 agenda. Finally, with support from each segment of the society (students, teachers, parents, ministry, industries, etc.), Akademi Bakat ABS sees itself as an industrial player that can holistically benefit the Malaysian education eco-system. |
| Hala Tuju Transformasi Usahawan Asnaf Oleh Institusi Zakat Malaysia: Satu Penerokaan Awal | Author : Najwa Mohd Khalil, Shereeza Mohamed Saniff | Abstract | Full Text | Abstract :Kepelbagaian program pengurusan kemiskinan asnaf yang telah dirangka oleh institusi-institusi zakat di Malaysia menunjukkan kesungguhan institusi tersebut dalam menjalankan amanah mereka sebagai usaha untuk memastikan hak kepada golongan asnaf dipenuhi. Antara inisiatif yang dijalankan adalah dengan menyediakan pelbagai peluang kepada asnaf (fakir dan miskin) supaya golongan ini mampu menjalani kehidupan seharian mereka di samping membina potensi diri untuk keluar daripada belenggu kemiskinan. Salah satu peluang yang diberikan ini adalah dalam bentuk bantuan kewangan berbentuk modal perniagaan kepada asnaf yang berminat menceburi bidang keusahawanan. Makalah ini bertujuan untuk melihat sasaran atau matlamat institusi zakat di Malaysia dalam membantu membangunkan usahawan asnaf. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang mengambil perspektif sumber sekunder untuk merungkai wacana hala tuju transformasi usahawan asnaf di Malaysia. Dapatan menunjukkan mentransformasikan usahawan asnaf diusahakan oleh pelbagai bentuk institusi zakat, samada yang korporat mahupun di bawah MAIN atau di bawah Sultan. Dari segi hala tuju pembangunan usahawan terdapat usahausaha yang dijalankan oleh institusi zakat itu secara sendiri atau yang melibatkan agensi lain di Malaysia. Namun, didapati terdapat ruang untuk diteliti dan diperkemaskan lagi hala tuju transformasi keusahawanan asnaf sebagai satu dokumen yang jelas dan boleh dijadikan panduan serta rujukan dalam usaha menyantuni golongan ini. |
| Analisis Bibliometrik Ke Atas Hisbah Dan Ombudsman Dalam Pangkalan Data Scopus | Author : Fadzila Azni Ahmad, Azrin Ibrahim | Abstract | Full Text | Abstract :Tingkah laku tidak beretika yang semakin berleluasa di setiap peringkat di seluruh dunia adalah membimbangkan. Untuk mengatasinya, undang-undang dan peraturan amat diperlukan. Antara mekanisme yang terkenal untuk mengatasi masalah tersebut ialah hisbah dan ombudsman. Untuk memahami kajian semasa yang berkaitan dengan hisbah dan ombudsman, analisis bibliometrik dalam makalah ini membincangkan kerjasama antarabangsa dan antara institusi, menggambarkan trend penerbitan saintifik, dan mengenal pasti tumpuan utama penyelidikan mengenai hisbah dan ombudsman yang dikenal pasti. Analisis bibliometrik ini juga menilai impak, penyelidik yang terlibat, dan institusi yang menjalankan penyelidikan mengenai hisbah dan ombudsman. Semua penerbitan dalam jurnal berwasit dimasukkan dalam analisis bibliometrik ini yang dikumpulkan dengan teliti daripada pangkalan data Scopus. Tinjauan dalam makalah ini terdiri merangkumi 1176 dokumen. Majoriti penerbitan (58.16%) melibatkan perspektif sains sosial; Majlis Penyelidikan Ekonomi dan Sosial (ESRC) di United Kingdom membiayai paling banyak penyelidikan dalam hisbah dan ombudsman (0.53%); 6.93% penerbitan telah diterbitkan dalam Journal of Social Welfare and Family Law; 2.37% ditulis oleh atau dengan Kirkham, R; 6.5% ditulis oleh penulis dari Niehenke Consulting, Baltimore, Amerika Syarikat; dan penyelidik Amerika Syarikat menghasilkan artikel paling banyak (21.23%). Tumpuan utama sepuluh penerbitan menerima sitasi teratas mengenai penyelidikan hisbah dan ombudsman juga dikemukakan dalam makalah kerja ini. |
| Pelaksanaan Projek Keusahawanan Sosial Melalui Dana Syubhah: Kajian Kes Sekolah Rendah Agama Bahrul Ulum (SRIBU), Bukit Mertajam, Pulau Pinang | Author : Radieah Mohd Nor | Abstract | Full Text | Abstract :Kertas kerja ini bertujuan untuk melihat pengurusan dana syubhah yang disalurkan untuk kegiatan keusahawanan sosial. Pemilihan projek ini dilaksanakan menggunakan analisis SWOT bagi menilai kekuatan (S), kelemahan (W), peluang (O) dan ancaman (T) dalam sesebuah projek. Penilaian ini penting untuk memilih projek terbaik bagi membelanjakan peruntukan dana dari Maybank Islamic Asset Management Sdn Bhd (MIAM). Kewangan sekolah yang tidak kukuh membuatkan projek penternakan arnab pedagang yang dilaksanakan di sekolah agama swasta iaitu Sekolah Rendah Agama Bahrul Ulum (SRIBU), Pulau Pinang dipilih dengan usaha sama antara agensi perbankan MIAM dengan kerjasama Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS), Universiti Sains Malaysia (USM). Menggunakan agihan dana wang syubhah, projek ini menggunakan konsep keusahawanan sosial yang bertujuan untuk menambah pendapatan sekolah untuk membiayai kos operasi dan kos pembinaan sekolah. Projek ini turut memiliki cabaran dari sudut tenaga kerja dan pemasaran produk. Walau bagaimanapun, cabaran ini telah berjaya diatasi. Projek sebegini juga dilihat berpotensi besar untuk dilakukan di sekolah lain sebagai sumber pendapatan untuk menampung kewangan pihak sekolah. |
| Islamic Ethics of Trade: A Recipe for Sustainable Business Transactions in The Contemporary World | Author : SABO Jamilu Saidu, Saleem Ibrahim Alzubi, Zaenal Khalid, Haulatu Yakubu Zakariya, Abdullah Dalhatu | Abstract | Full Text | Abstract :Trade in human life is a risk that required to delve into, the survival of man and the survival of the world in any society in which worldly life is lived until when Allah (the Almighty) authorizes its annihilation, and what is similar to these risks, is a boat walking amid crashing waves, and what is the most dangerous if not the captain of the boat is skilled in wading the seas. Moreover, a business in this contemporary period needs to have strong ethics and ideas that could halt its pillars and shields it from decline. Unlike contemporary trade which in most cases required only the safety of capital and profit, Islam sees trade as a means of serving humanity, and an act of worship. Islam warned people to be careful when confronting any kind of business transaction. The Prophet said: "O people, fear Allah and be moderate in seeking a living, for no soul will die until it has received all its provision, even if it is slow in coming....” (Ibn Majah 2144). Therefore, this paper using personal observation, perusing, the contents of related literature on the Islamic ethics of Business transactions, and conscientiously discussing how those ethics of trade could serve as pedals of successful business in the contemporary world. Lastly, the paper discovered: good intention, Tolerance, Humbleness, Trustworthiness good habits Generosity in a business transaction, etc. are among the main ethics of trade brought by Islam, those discovered ethics are found to be applicable to both micro and macro economies and a recipe for sustainable business transactions in the contemporary world. The research recommends that each market in the Muslim countries should have an Islamic council chamber well equipped with scholars where the modus operandi of conducting Basic Business transactions should be adequately treated. |
| Mobilisasi Pemasaran Elektronik Mulut ke Mulut Dalam Keusahawanan Sosial Islam | Author : Murni Yusoff | Abstract | Full Text | Abstract :Pemasaran elektronik mulut ke mulut (eWOMM) merupakan salah satu saluran pemasaran yang semakin popular digunakan dalam platform perniagaan dalam talian pada masa kini. Pemasaran ini telah diiktiraf kepentingannya berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu. Walaupun eWOMM telah dibincangkan secara meluas dalam literatur, namun eWOMM dalam keusahawanan sosial Islam secara khususnya kurang dibincangkan dalam kalangan penyelidik. Keusahawanan sosial Islam dilihat semakin penting dalam fasa endemik bagi memastikan kebajikan masyarakat terjaga secara keseluruhannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk eWOMM yang sesuai diguna pakai dan dimobilisasikan dalam keusahawanan sosial Islam. Data dikumpul menggunakan data sekunder dan dianalisis secara analisis dokumen, Dapatan kajian menunjukkan dua bentuk eWOMM yang dilihat sesuai untuk diguna pakai dan dimobilisasikan dalam aktiviti keusahawanan sosial Islam bagi meningkatkan keterlihatan dan prestasi perniagaan usahawan-usahawan yang terlibat. |
|
|